LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Monday, 5 September 2011

Widgets

TOMATINA FESTIVAL

Festival tomato ini diadakan di Bunol, Sepanyol disifatkan sebagai salah satu festival terpelik di dunia. Ia diadakan pada hari Rabu terakhir pada bulan Ogos setiap tahun. Maknanya baru je lah, iaitu 31 Ogos yang lalu. Bunol bukanlah satu pekan yang besar. Hanya memiliki populasi sekitar 9,000 orang. Bagaimanapun, menjelang festival ini, jumlahnya meningkat kepada 20,000 ke 40,000 orang, disebabkan kehadiran pelancong untuk turut serta dalam festival ini. Sejarah festival ini bermula seawal 1944, bila mana sekumpulan anak muda yang mengambil bahagian dalam perarakan Gigantes y Cabenzudos membaling tomato ke arah orang awam. Ianya dilakukan setiap tahun secara tak rasmi. Sehinggalah pada 1959, festival ini mula diiktiraf secara rasmi dan mula menarik minat orang tempatan dan pelancong untuk turut serta. Jom kita tengok.


Lori berisi tomato memasuki tapak festival




Festival semakin panas




Perang/Mandi tomato sudah bermula









Cuba diganti dengan cili...hehehe..








Ada yang pakai google


Tempat cinta berputik...hehehe..


Tak pakai google, kena cuci mata le


Happy? Kedai dobi dah tentu happy..






Acara pada masa kemuncak




Teruk le Majlis Perbandaran nak kena cuci dinding...

Banyak mana la tomato digunakan dalam festival ini? Dianggarkan dalam lingkungan 100 metrik tan. Huh banyak tu. Sekali pandang macam Festival Songkran di Thailand je. Cuma beza, air dan tomato. Membazir? Entahlah... Tafsiran membazir mungkin berbeza bagi mereka dalam festival ini.





Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX