LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Monday 19 September 2011

Widgets

TERKINI DI GB : Tiga Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Pegawai Kanan Majlis Daerah Lahad Datu

19 September, 2011 16:43 PM

Tiga Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Pegawai Kanan Majlis Daerah Lahad Datu

KOTA KINABALU, 19 Sept (Bernama) -- Polis Isnin menahan tiga lelaki, termasuk suspek utama, bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pegawai kanan majlis daerah di Lahad Datu semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata kesemua lelaki rakyat tempatan yang berusia dalam lingkungan 20-an itu dikesan hasil pemeriksaan terhadap kamera litar tertutup (CCTV) sebuah bank di kawasan kejadian itu berlaku.

"Polis kini mencari enam lagi suspek untuk membantu siasatan...kesemuanya warga tempatan," katanya pada sidang akhbar mengenai kejadian itu di sini Isnin .

Beliau berkata polis turut menemui kenderaan Nissan Vanette berwarna biru yang dipercayai digunakan oleh kumpulan itu untuk melarikan diri.

Dalam kejadian itu, Ali Jamal, 47, mati dibelasah sekumpulan lelaki selepas dikatakan menegur mereka kerana melanggar papan tanda dan tembok tepi jalan di hadapan sebuah bank pada pukul 4.30 pagi.

Ali meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian di Hospital Lahad Datu akibat kecederaan parah selepas dipukul dan ditikam di perut.



SUMBER-- BERNAMA

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX