LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Sunday, 4 September 2011

Widgets

REAR SPROCKETS

Salah satu komponen penting dalam basikal ialah rear sprocket, atau bahasa mudahnya gear belakang. Berevolusi dari 7-speed dan setakat sekarang sudahpun mencapai 10 speed. Sebelum dan selepas mana-mana event, komponen ini seringkali diservis untuk mendapatkan prestasi maksimum. Jom kita tengok koleksi cut and paste aku.



Firstly, singkirkan segala kotoran yang melekat di celahan dengan menggunakan screw driver yang halus tetapi panjang. Memang anda akan dapati betapa banyaknya campuran kotoran, debu dan minyak yang melekat di celahannya.



Gunakan berus + sabun untuk menyingkirkan minyak yang berlebihan dan memberikan warna berkilat. Jika rajin, bolehlah mencurah air yang agak panas sedikit untuk memudahkan minyak mengalir keluar.



Setelah dibilas dengan air, lap dengan kain buruk untuk membersihkan saki-baki kotoran yang masih tinggal serta menyingkirkan air(yang akan memerangkap habuk semula) serta memudahkan minyak rantai melekat di gear belakang anda.

Biasanya, kita tidak meletakkan minyak di sini. Memadailah dengan minyak yang kita alirkan dari rantai basikal sambil mengubah gear belakang satu per satu ketika meminyakkan rantai. Aktiviti ini akan lebih meriah jika dilakukan dalam kumpulan, mungkin boleh digilirkan antara satu rumah ke satu rumah rider yang lain di setiap minggu.





Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX