LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Monday 19 September 2011

Widgets

TERKINI DI GB : 1MDB Taja 111 Imam Dan Pengerusi JKKK Tunaikan Haji - Najib

19 September, 2011 15:50 PM

1MDB Taja 111 Imam Dan Pengerusi JKKK Tunaikan Haji - Najib

PUTRAJAYA, 19 Sept (Bernama) -- Sebagai menghargai peranan dan sumbangan para imam dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), kerajaan Isnin menyampaikan surat tawaran kepada 111 imam dan pengerusi JKKK untuk menunaikan haji tahun ini.

Surat tawaran menunaikan Rukun Islam kelima tajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada 57 imam dan 54 pengerusi JKKK seluruh negara itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis di Seri Perdana di sini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohamad Ali Rustam dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Dalam ucapannya, Najib berkata langkah mengadakan program yang julung kali itu adalah kerana kerajaan sedar betapa besarnya peranan dan sumbangan para imam dan pengerusi JKKK yang juga merupakan ketua kampung kepada masyarakat.

"Saya berazam, sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, saya akan melakukan yang sebaik-baiknya mengikut kemampuan kerajaan untuk terus membela kumpulan ini memartabatkan kedudukan serta kebajikan imam-imam dan ketua kampung.

"Program ini merupakan satu lagi cara atau kaedah bagi kerajaan untuk menghargai peranan imam dan ketua kampung di mana melalui program ini kita membiayai sepenuhnya kos mengerjakan haji bagi 111 imam dan ketua kampung," katanya.

SUMBER-- BERNAMA

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX