LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Tuesday, 27 September 2011

Widgets

EEL SI ANAK BELUT


Belut istimewa.. Saisnya dibandingkan dengan alat yang digunakan untuk
mengeluarkannya dari pundi kencing.


Eel atau belut memang menjadi santapan istimewa, terutamanya di Kelantan. Sup belut. Semua orang dah tahu khasiatnya. Tetapi dapatkah anda bayangkan jika belut tersebut memasuki kemaluan anda? Dan yang peliknya, si 'anu' lelaki. Dan inilah yang berlaku pada Zhang Nan dari Honghu, daerah Hubei di China. Ketika itu, dia mengunjungi satu spa yang menawarkan perkhidmatan membersihkan kulit dengan menggunakan belut.
Sedang dia sedang berseronok, tiba2 dia berasa kesakitan yang amat sangat di 'anu'nya dan menyedari seekor anak belut telahpun memasuki anunya dan tak sempat menariknya keluar kerana belut sesemangnya licin. Dan belut tersebut melalui uretranya dan terus ke pundi kencingnya. Dapat anda bayangkan? EEEE... geli aku. Geli kau jugak.
Selepas 3 jam pembedahan, anak belut sepanjang 6 inci dapat dikeluarkan. Menurut doktor, badan belut yang licin memudahkan ia memasuki lubang kemaluan Zhang Nan.
Percaya atau tidak, perkara yang sama pernah juga berlaku di India. Menurut urologists Dr G Vezhaventhan dan R Jeyaraman, budak berusia 14 terpaksa melalui pembedahan kecemasan bila seekor anak ikan bersaiz 2 inci yang terlepas dari pegangannya memasuki lubang kencingnya. Aduh!!!!

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX