LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Sunday 11 September 2011

Widgets

23SEP2011 >> TERENGGANU CITY NIGHT GAMES SEPTEMBER EDITION

23 SEP 2011 : TERENGGANU CITY NIGHT GAMES SEPTEMBER EDITION


Masa
23hb September · 9.00 pagi - 11.30 ptg

Lokasi

Dianjurkan Oleh:

Maklumat Lanjut
Terengganu City Night Games adalah merupakan karnival setempat yang berlangsung selama dua hari satu malam pada setiap bulan sehingga penghujung tahun 2011.
Ia merangkumi pelbagai jenis sukan dan aktiviti antaranya sukan berprestasi tinggi, sukan lasak, sukan massa, acara hiburan, pameran, jualan, demonstrasi dan mari mencuba.
Motif utama City Night Games adalah mempelbagaikan aktiviti sukan di persekitaran kompleks sukan, mempelbagaikan aktiviti malam minggu, membantu menghindarkan remaja dari gejala tidak sihat, seterusnya untuk menjadi salah satu tarikan dalam sektor pelancongan.
Go8 serta kerjasama dengan kelab-kelab dan persatuan berbebasikal seluruh Terengganu seperti APC, GKM, KAYOH BIKE, KTCC, PLBT, ECCT Dungun, GOHEK Terengganu Fixie Community, TSG dan sebagainya akan mengadakan beberapa acara pertandingan dan perlumbaan basikal MTB, Road, Fixie, Basikal Unik dengan pecahan kepada beberapa kategori merangkumi semua peringkat umur.
Pameran basikal serta jualan peralatan basikal secara 'garage sales' juga diadakan sepanjang karnival ini.
Konvoi berbasikal secara beramai-ramai pada sebelah malam dari bandar menuju ke TCNG juga merupakan acara riadah yang ditunggu-tunggu oleh peminat basikal setiap bulan.

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX