LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Sunday 25 September 2011

Widgets

TERKINI DI GB : KAYUHAN AMAL SATU MALAYSIA

25 September, 2011 18:30 PM

Najib Sertai 5,000 Pelajar Lakukan Kayuhan Amal 1Malaysia

GEORGE TOWN, 25 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai kira-kira 5,000 pelajar sekolah mengayuh basikal sejauh tujuh kilometer dalam program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong di sini.

Najib yang tiba di tempat permulaan di sini pada 7.25 pagi, disambut oleh kira-kira 20,000 pelajar sekolah serta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman.

Perdana Menteri ketika berucap melancarkan program berkenaan berkata program itu mengingatkan beliau yang telah lebih 50 tahun tidak mengayuh basikal, yang kali terakhir semasa zaman kanak-kanak beliau mengayuh basikal dari rumahnya di Sri Taman, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur untuk membeli nasi lemak Tang Ling berdekatan Masjid Negara.

Beliau berkata beliau sanggup berlatih mengayuh basikal dari lobi hotel ke bilik penginapannya sebagai persiapan sebelum menyertai program ini.

"Malam tadi ketika saya mengayuh basikal di hotel saya, sesetengah kakitangan hotel fikir saya tidak siuman untuk berbasikal di sekeliling koridor menuju ke bilik saya.

"Saya terfikir jika saya boleh berbasikal di hotel saya, saya boleh berkayuh tujuh kilometer pagi ini," katanya di hadapan puluhan ribu pelajar, guru dan pemimpin sekolah di sini.

Katanya program ini amat bermakna kepada dirinya kerana ia selari dengan simbol gagasan 1Malaysia yang diasaskannya tanpa mengira latar belakang, bangsa atau agama.

"Saya berbangga dapat mengambil bahagian dalam Kayuhan Amal 1Malaysia untuk Pelajaran bersama-sama kanak-kanak dan keluarga Pulau Pinang," kata Najib.

Beliau turut memuji program itu sebagai satu usaha baik untuk mengumpul dana sejumlah RM15 juta bagi membangunkan 15 Sekolah Menengah Cina termasuk lima Sekolah Menengah persendirian Cina.

"Ia adalah kayuhan yang bernilai dan jika penyertaan saya dalam program untuk tujuh kilometer boleh menarik RM15 juta, saya tidak kisah untuk mengayuh lebih kilometer untuk mendapatkan RM2 juta bagi amal," kata beliau.

Program anjuran Kwang Wah Yit Poh itu turut disertai oleh Koh, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang juga Naib Presiden MCA, Lim, Pengerusi Kwang Wah Yit Poh Datuk Ong Gim Huat dan barisan Exco negeri.

Gambar/Informasi sumbangan = BERNAMA



PULAU PINANG, 25 Sept -- Sebahagian daripada 5,000 peserta Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran memulakan kayuhan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak melancarkannya di Straits Quay, Tanjong Tokong, hari ini.....--foto/informasi sumbangan dari BERNAMA



Sambutan dari rakyat...





GEORGE TOWN, 25 Sept -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (tengah) bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Pengerusi Badan Perhubugan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman (kanan) berbincang sesuatu semasa menunggu ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak pada majlis Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran 2011 di sini, hari ini..--foto/informasi sumbangan dari BERNAMA



GEORGETOWN, 25 Sept -- Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menunjukkan simbol 1Malaysia semasa menghadiri program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong, hari ini.....Program tersebut dianjurkan oleh Kwong Wah Yit Poh bagi menambahkan dana untuk 15 buah sekolah cina di negeri ini.....-- foto/informasi sumbangan dari BERNAMA



PULAU PINANG, 25 Sept -- Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan cek berjumlah RM1 juta kepada wakil sekolah SMJK Heng Ee semasa program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong, hari ini.....--foto/informasi sumbangan BERNAMA









GEORGETOWN, 25 Sept -- 1MALAYSIA... Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (tengah) melambaikan tangan ketika berkayuh pada program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong, hari ini.....Program tersebut dianjurkan oleh Kwong Wah Yit Poh bagi menambahkan dana untuk 15 buah sekolah cina di negeri ini.....-- foto/informasi sumbangan dari BERNAMA






GEORGETOWN, 25 Sept -- 1MALAYSIA... Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (tengah) turut serta ketika berkayuh pada program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong, hari ini.....Program tersebut dianjurkan oleh Kwong Wah Yit Poh bagi menambahkan dana untuk 15 buah sekolah cina di negeri ini.....-- foto/informasi sumbangan dari BERNAMA


Koleksi Gambar Sumbangan Rakan2 Rider Kita

Excelent photos by

Bernard Lim Wey Chyuan

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.2453466781432.2145057.1394934682
Pautan
Adrene Teoh Chiew Bee

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.2346373294065.135413.1092005142&type=1

Eddie Chan Kum Fatt

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.252724514769821.56055.100000968228953

Chew Saw Leong

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.2402949351578.2136756.1186437445&type=1

Botak Penang

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150340286742313.368055.620747312&type=1

Johan Ann

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.238935586154464.52522.100001140728752&type=1

Jackie Lim Wey Na

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.2482302982989.2151515.1415030528&type=1

Straits Quay

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.291728564177293.90227.174240635926087


Video




================================================================

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX