LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Saturday 24 September 2011

Widgets

TERKINI DI GB : RM253,000

Huh!! Banyaknya. Bukan RM253, tapi ada 3 lagi kosong di belakangnya. Tarik masuk dalam poket 20-30 keping depa bukannya tau. Tapi, itulah yang dikatakan integriti. Walaupun macam2 tomahan masyarakat, masih banyak lagi pegawai2 kastam/imigresen yang jujur. Syabas bro!! Jom kita tengok apa ceritenya....


PADANG BESAR, 23 Sept -- Pengarah Kastam Perlis, Mohd Pudzi Man (kiri) memerhati pegawainya menunjukkan tempat bungkusan wang tunai yang disembunyikan dalam sebuah kenderaan selepas sidang media di pejabat Kastam Padang Besar dekat sini, hari ini..Kastam Perlis berjaya merampas RM253,000 wang tunai dalam empat bungkusan yang disorokkan di bawah tempat duduk penumpang belakang sebuah kenderaan pikap yang cuba memasuki negara ini melalui Kompleks Imigresen kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam..Ekoran itu, seorang lelaki warga Thailand berumur 24 tahun yang memandu kenderaan tersebut ditahan untuk membantu siasatan..--foto/Informasi sumbangan BERNAMA


PADANG BESAR, 23 Sept -- Pengarah Kastam Perlis, Mohd Pudzi Man (tengah) menunjukkan wang tunai berjumlah RM253,000 yang berjaya dirampas selepas sidang media di pejabat Kastam Padang Besar dekat sini, hari ini...Wang kertas itu ditemui dalam empat bungkusan yang disorokkan di bawah tempat duduk penumpang belakang sebuah kenderaan pikap yang cuba memasuki negara ini melalui Kompleks Imigresen kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam...Seorang lelaki warga Thailand berumur 24 tahun yang memandu kenderaan tersebut ditahan untuk membantu siasatan...--foto/informasi sumbangan BERNAMA

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX