LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Friday, 30 September 2011

Widgets

KENA BAHAM AKIBAT.......


Sempat diselamatkan oleh pengunjung pantai. Kalau tidak mati tak bernisan le jawabnya

Degil!!! Perkataan paling sesuai. Seorang rakyat British, Michael Cohen, 42 tahun, pasti menyesal seumur hidup kerana terpaksa menghabiskan sisa kehidupan dengan kaki palsu, akibat kaki original dah jadi habuan ikan jerung putih.
Masalahnya, si mamat degil ni dah pun diberi amaran dah tentang kehadiran 3 ekor ikan jerung putih. Pantai tu pun dah dinaikkan bendera amaran tentang kehadiran jerung. Tak cukup dengan itu, dia telah diberi amaran oleh 2 pengunjung pantai tentang kehadiran jerung.
Alison Kock pula berkata, dalam minggu ni pantai tersebut kerap dilawati jerung sehingga hanya 1 meter dari gigi pantai.


Boleh le naik helicopter free. Tapi buat apa...

Si mamat ni pun pernah berkata "Jika jerung menyerang saya, salahkan saya, bukan jerung" Nah! Kali ni hang tau le.


Destinasi : Hospital

Cuma menurut beritanya, Cohen ni pulak ada sakit kencing manis/diabetis. Hmm..faham2 la kan. Dan lagi satu info, Januari tahun lalu, Lloyd Skinner, 37 tahun, dah mati di pantai ni akibat dibaham jerung putih, di pantai yang sama. Takdir? Anda lebih memahaminya....
Ops, lupa nak cakap. Kejadian ni berlaku di pantai Afrika Selatan, negara paling terkenal kerana Apatheidnya, dan keindahan pantainya. Cuma banyak jerung putih. Detail, cuba tengok National Geographic di Astro. Kebanyakan cerita jerung putih dirakam di pantai Afrika Selatan.
Moral of the story : Beri perhatian dalam setiap peringatan orang, kawan mahupun yang tak dikenali. Jom tengok video klip pulak.

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX