Semua manusia mengetahui tarikh lahir. Tetapi tiada siapa yang mengetahui tarikh kematiannya. Cuma...bersediakah kita?
Cerita 1 : Kren patah
Cerita 1 : Kren patah
MELAKA, 29 Sept -- Keadaan kren yang patah (kanan) menyebabkan seorang warga Indonesia, Tasmikin, 24, maut di tempat kejadian selepas terjatuh dari kren semasa menjalankan kerja mengecat bangunan di Kompleks Dataran Pahlawan di sini, hari ini...Kejadian 10 pagi tadi turut menyebabkan seorang lagi mangsa Sutrisno, 34, cedera parah...--sumber foto&informasi dari BERNAMA
MELAKA, 29 Sept -- Anggota polis mengawal tempat kejadian yang menyebabkan seorang warga Indonesia, Tasmikin, 24, maut selepas terjatuh dari kren yang patah semasa menjalankan kerja mengecat bangunan di Kompleks Dataran Pahlawan di sini, hari ini...Kejadian 10 pagi tadi turut menyebabkan seorang lagi mangsa Sutrisno, 34, cedera parah...--sumber foto&informasi dari BERNAMA
MELAKA, 29 Sept -- Sepasukan anggota polis memasukkan mayat seorang warga Indonesia, Tasmikin, 24, ke dalam kenderaan polis untuk dibawa ke Hospital Besar Melaka selepas terjatuh dari kren yang patah semasa menjalankan kerja mengecat bangunan di Kompleks Dataran Pahlawan di sini, hari ini...Kejadian 10 pagi tadi turut menyebabkan seorang lagi mangsa Sutrisno, 34, cedera parah...--sumber foto&informasi dari BERNAMA
Cerita 2 : Kemalangan maut
LUMUT, 29 Sept -- REMUK ... Kereta jenis Produa Kancil yang mengorbankan tiga orang penumpang dalam satu kemalangan ngeri di KM 4, Jalan Seri Manjung-Segari di sini, malam tadi...Dalam kejadian itu, dua lagi penumpang kereta berkenaan mengalami kecederaan parah dan masih dirawat di Hospital Seri Manjung dekat sini...Mangsa yang maut dikenali Roslan Osman, 35, dari Kampung Permatang Raja, Pantai Remis; anak perempuan beliau Puteri Nurul Najwa Roslan, 12, (mati di tempat kejadian) dan anak saudara mangsa, Ainuddin Abd. Wahab, 15...-sumber foto&informasi dari BERNAMA