LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Friday, 30 September 2011

Widgets

SHAPE YOUR BODY





PLAN SLIM/KURUSKAN BADAN

Satu hari, seorang pemuda gemuk telah mengunjungi satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan menguruskan badan. Sebagai langkah pertama, dia mendaftarkan diri dalam program "5hari,5kg", bermaksud dalam tempoh 5 hari pemuda tersebut akan pasti kehilangan 5kg. Huh! pasti kurus bro.
Pada keesokan paginya, pintu rumah pemuda tersebut diketuk dan apabila dia membukanya.., WOW! seorang gadis atlit seksi yang tidak memakai apa-apa kecuali stokin, kasut Nike dan papan tanda di lehernya yang tertulis "Jika anda boleh mengejar saya, anda boleh memiliki saya"
Apa ditunggu lagi, pemuda gemuk tersebut terus mengejar gadis atlit tersebut dan selepas beberapa km, pemuda gemuk tersebut mengaku kalah. 4 hari berikutnya dilalui dengan perkara yang sama. Gadis atlit seksi, kejar, dan dia gagal mendapatkan gadis tersebut.
Pada hari ke-6, dia menimbang dan mendapati beratnya berkurangan 5kg sepertimana dijanjikan oleh syarikat tersebut.
Puas hati dengan program tersebut, dia mengunjungi company itu lagi dan melanggan program "5 hari, 10kg" pula.



Esok, apabila membuka pintu. Seorang gadis yang begitu cantik. Tak pernah dia melihat gadia sebegitu cantik sepanjang hidupnya. Hanya berstokin, berkasut Reebok dan papan tanda kecil terikat di lehernya "Jika anda boleh menangkap saya, tentunya anda boleh memiliki saya". Terus dikejarnya gadis itu sekuat hatinya. Gadis tersebut, dah le cantik, laju pulak. Malangnya, nasib tak menyebelahi pemuda tersebut. Masih gagal menangkap gadis tersebut. 4 hari berlalu, perkara sama berlaku. Pemuda tersebut masih gagal menangkap gadis tersebut. Cuma bentuk badan pemuda tersebut bertambah ramping dan tak lagi gemuk. Dan selepas 5 hari, pemuda tersebut kehilangan 10kg, seperti yang dijanjikan oleh syarikat tersebut. Huh!!. Naik basikal pun tak boleh turun kg macam ni.
Walaupun sudah memiliki berat yang baik. Pemuda tersebut masih ingin menurunkan berat badannya. Kali ini dia mendaftar untuk program "7 hari,20kg", program paling 'ekstrim' yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.
"Betul ke tuan ingin menyertai program ini?" tanya pegawai syarikat tersebut untuk kepastian. "Tentu sekali. Saya semakin kelihatan hebat sejak menyertai program syarikat tuan," jawab pemuda tersebut dengan penuh keyakinan(dan tentunya membayangkan keseronokan mengejar gadis seksi impiannya pada keesokan paginya)
Pada pagi esok, seperti selalu. Pintu rumahnya diketuk. Dengan penuh semangat dan persediaan, pemuda tersebut membuka pintu rumahnya. HAH!!!! Terkejut besar pemuda tersebut. Kenapa? Kawan2 nak tahu kenapa? Di sisi pintu rumahnya berdiri seorang pemuda gagah yang berotot kental di seluruh tubuh badannya. Bogel. Hanya memakai stokin, kasut berlari/rinning shoe dan dilehernya tergantung papan tanda " Jika saya dapat menangkap anda, anda akan jadi milik saya!!!"
Aku tak nak komen apa yang berlaku pada pemuda tersebut. Saya biarkan anda menulis komen di ruangan komen di bawah. Cuma pemuda tersebut kehilangan 19.80kg selepas seminggu. Hahahahha....

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX