LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Wednesday 30 November 2011

Widgets

POLIS JAKARTA BERKAS PENCURI SELEPAS TONTON YOUTUBE



JAKARTA, 30 Nov : Beberapa hari selepas video YouTube yang memaparkan perbuatan mencuri ditayangkan di TV, Polis Jakarta mengumumkan bahawa mereka telah menahan dua suspek dalam kes itu.

Pada Selasa, polis mengumumkan bahawa mereka telah menahan dua suspek masing-masing berusia 27 dan 26 tahun, namun menafikan bahawa penahanan itu berpunca daripada video berkenaan.

"Media hanya melaporkan tentang kes ini sejak dua hari lepas, sedangkan kami telah pun menahan suspek lebih awal, iaitu pada Sabtu," kata Pesuruhjaya Kanan Gatot Edy Pramono, Pengarah Jenayah Am Polis Jakarta, yang dipetik oleh akhbar harian berbahasa Inggeris, Jakarta Globe, pada Selasa.

"Hanya setelah menonton rakaman kes kecurian itu di TVOne barulah kami menyedari bahawa orang yang dipaparkan itu sama dengan yang berada dalam tahanan kami," kata Gatot.

Berita selanjutnya, [klik di sini]


Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX