LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Wednesday, 30 November 2011

Widgets

JEJAK PERPADUAN 1MALAYSIA BERMULA DI PERLIS PADA HARI RABU




KANGAR, 30 Nov : Program kayuhan Jejak Perpaduan 1Malaysia (Step 2 Unity) peringkat Zon Utara bermula di sini pada Rabu dengan 250 belia berbilang kaum bersemangat berbasikal dengan membawa mesej perpaduan 1Malaysia.

Program kayuhan 25 kilometer mengelilingi bandar Kangar, Arau dan berakhir di Simpang Empat itu adalah anjuran bersama Biro Tata Negara (BTN) Negeri Perlis dan Pertubuhan Penyokong Integrasi Perpaduan dan Prihatin Nasional Malaysia (Pemimpin) itu bermula di Kompleks Warisan di sini.

Mereka kemudian menyertai kegiatan bersama penduduk kampung di Pusat Kegiatan Kemas Simpang Empat.

Kumpulan belia Perlis itu turut mengiringi 15 pengayuh tetap daripada negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang diketuai Presiden Pemimpin, Ahmad Fairoz Othman dengan pelepasan dilakukan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Fauziah Hashim dengan disaksikan Pengarah BTN Perlis, Jazli Fadzil.

Menurut Jazli, semasa di Simpang Empat, para peserta berkenaan bersama penduduk tempatan membabitkan diri dalam beberapa program kemasyarakatan termasuk menghadiri Forum Perdana Perpaduan Ehwal Islam di Masjid Putra Simpang Empat malam ini.

Pada Khamis, peserta berkenaan akan menyambung kayuhan ke Masjid Padang Keria, Sanglang dan menyertai program gotong-royong membersih tanah perkuburan Islam serta kawasan persekitaran masjid tersebut sebelum menghadiri kenduri kampung pada tengah harinya.



Mengapa anda membeli sedangkan anda berpeluang memilikinya secara percuma dengan hanya memenuhi beberapa syarat mudah dari pihak U-Mobile. Inginkan peluang tersebut? Setiap pemenang bermula dengan single clicks di sini.
Don't have a BlackBerry? Well, U Mobile is giving away a brand new, top-of-the-line, BlackBerry phones, every week until the end of this year! 10 phones will be given away in total, so if you don’t win at first, try, try again! All you have to do is subscribe to any of the Prepaid BIS plans within the contest period.

Pada sebelah petang, pengayuh terbabit akan berbasikal ke sempadan Kedah/ Perlis di Sanglang untuk menyerahkan 15 pengayuh tetap kepada BTN Kedah dan di negeri itu mereka akan diiringi oleh 250 belia dari Kedah.

Di Kedah, mereka akan berkayuh dari Sanglang, Jitra, Kepala Batas dan berakhir di Alor Setar sebelum meneruskan kayuhan yang dijangka berakhir 31 Disember di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ahmad Fairuz berkata, Zon Utara adalah zon pertama yang memulakan program itu sebelum diikuti dengan kayuhan oleh 15 peserta daripada Zon Timur bermula di Rantau Panjang, Kelantan pada 6 Disember, 14 peserta daripada Zon Selatan bermula di Johor Bharu pada 12 Disember dan 10 peserta Zon Sabah/Sarawak bermula di Kota Kinabalu dan Kuching pada 20 Disember.

Katanya, keseluruhan peserta adalah 54 orang mengambil sempena 54 tahun negara mencapai kemerdekaan dan pengayuh tetap itu akan bertemu di Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur pada 28 Disember untuk sama-sama mengayuh basikal mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 29 dan 30 Disember.

Pada 31 Disember, para peserta terbabit akan berbasikal ke majlis sambutan tahun baru 2012 di ICT Shah Alam dan seorang wakil mereka akan menyerahkan buku jejak perpaduan bagi program itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumber dari BERNAMA


Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX