LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Saturday 26 November 2011

Widgets

DOKTOR MAUT KENDERAAN TERBABAS REMPUH POKOK



KOTA KINABALU: Seorang doktor wanita yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di pembahagi jalan di Kilometer 6.5 Jalan Tun Fuad Stephen, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa Cheng Siew Kuan, 26, yang bertugas di Hospital Likas dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa yang tinggal di Taman Cendawan Batu 3.5, Jalan Penampang, menuju ke Hospital Likas, bagaimanapun ketika tiba di lokasi kejadian kereta yang dipandu mangsa jenis Proton Wira dipercayai hilang kawalan.

Selepas itu, kenderaan mangsa kemudian terbabas ke pembahagi jalan sebelum merempuh sebatang pokok yang berada di atas pembahagi jalan berkenaan.


Mangsa Cheng Siew Kuan

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata mangsa dari arah bulatan Yayasan Sabah di lorong kanan, mangsa disyaki hilang kawalan lalu melanggar pokok yang berada di pembahagi jalan.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan serius di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Ketika kejadian tiada kesan pecahan perlanggaran dengan kenderaan lain dan tiada kesan brek. Berita selanjutnya, [klik di sini]



Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX