LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Saturday 26 November 2011

Widgets

MANGSA BANJIR DI KELANTAN MENINGKAT, BEBERAPA LALUAN DITUTUP



RANTAU PANJANG, 26 Nov -- Seorang penduduk Che Ali Che Din, 50, berjaya menangkap ikan toman ketika menjala di kawasan yang dinaiki banjir di sini hari ini. Pemindahan mangsa banjir meningkat hari ini setelah 1,884 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara berbanding 1,781 orang malam tadi. Foto dari BERNAMA


Mangsa Banjir Di Kelantan Bertambah Kepada 1,884 Orang

KOTA BAHARU, 26 Nov (Bernama) -- Hujan yang kadang kala lebat di negeri ini menyebabkan bertambahnya pemindahan mangsa banjir daripada 1,781 orang malam tadi kepada 1,884 orang pagi ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri bagaimanapun berkata sehingga kini, hanya empat daerah masih terjejas dengan banjir iaitu Kota Baharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat manakala keadaan banjir di daerah Bachok dan Pasir Puteh sudah pulih.

"Walaupun berlaku sedikit pertambahan mangsa banjir, namun secara keseluruhannya keadaan banjir bertambah baik. Pusat pemindahan di Bachok dan Pasir Puteh sudah ditutup sepenuhnya manakala 17 pusat pemindahan dibuka di Kota Baharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat," katanya.

Beliau berkata daripada keseluruhan pusat pemindahan itu, Pasir Mas mencatatkan jumlah pusat pemindahan terbanyak iaitu 11 diikuti Kota Baharu dengan tiga buah pusat, Tumpat (2) dan Tanah Merah (1).

Di Pasir Mas, empat laluan ditutup kepada semua kenderaan iaitu Jalan Pohon Tanjung-Meranti, Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram, Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu dan Jalan Banggol Kulim Lokasi 2, manakala Km24, Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang hanya ditutup kepada kenderaan ringan.

Berita selanjutnya, [sila klik di sini]





Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX