LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Tuesday 22 November 2011

Widgets

[4FOTO] RAMPASAN DADAH & HEROIN DI PULAU PINANG : PISTOL, RM199,500 ANTARA YANG DIRAMPAS



Polis Bongkar Makmal Dadah Dan Rampas Heroin Bernilai RM4 Juta

GEORGE TOWN, 22 Nov : Polis berjaya membongkar satu sindiket pemprosesan dadah apabila menahan seorang wanita sarat mengandung bersama rakannya dalam serbuan di sebuah unit pangsapuri di Bayan Indah, Sungai Nibong di sini pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata dalam serbuan pada pukul 3 petang itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4 juta dan pelbagai peralatan memproses dadah.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan, polis dapati rumah itu dijadikan sebuah makmal memproses dadah jenis heroin dan stor menyimpan dadah," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata polis turut merampas dua pucuk pistol jenis Baretta dan Glock serta 212 butir peluru hidup serta satu 'silencer', wang tunai RM199,500, barangan kemas bernilai RM42,000 dan empat kereta mewah serta sebuah motosikal.

Berita selanjutnya, [klik di sini]

[Foto 1=BERNAMA]

[Foto 2=BERNAMA]

[Foto 3=BERNAMA]

[Foto 4=BERNAMA]


Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX