LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Friday, 25 November 2011

Widgets

SAYA TIDAK HILANG DI STADIUM BUNG KARNO - AHMAD FIRDAUS ARHAM




Kehilangan Saya Hanya Salah Faham - Ahmad Firdaus Arham

KUALA LUMPUR, 24 Nov : Berita mengenai Ahmad Firdaus Arham yang dikatakan hilang ketika menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta yang tersebar di laman sosial 'Facebook' dan 'Twitter' semalam hanya merupakan salah faham.

Berita kehilangan Ahmad Firdaus, 26, hangat diperkatakan di laman sosial 'Facebook' dan 'Twitter' selepas Kedutaan Malaysia di Jakarta menerima beg dompetnya yang ditemui di dalam stadium ketika perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Indonesia, Isnin lalu.

"Saya agak terkejut dengan berita ini, sebabnya saya hanya dapat tahu melalui berita mengenai saya semalam.

"Orang sibuk bercerita dekat twitter dan facebook, mengenai saya hilang sedangkan saya Ahmad Firdaus Arham tidak hilang, hanya dompet yang hilang dan saya selamat sampai di Malaysia pagi semalam," katanya ketika dihubungi Bernama Radio 24 hari Khamis.
Beliau tidak mengetahui bagaimana dompetnya ditemui di dalam stadium berkenaan tetapi mengandaikan orang yang merompaknya kebetulan menyaksikan perlawanan itu.

Ahmad Firdaus yang juga pembantu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Jamu Mak Dara berkata kejadian sebenar berlaku adalah pada malam Sabtu yang lepas.

"Ketika membeli-belah bersama wartawan hiburan di Mangga Dua, Jakarta, saya sedar ada seorang pemuda memerhatikan saya tetapi saya tidak mengambil peduli kemudian tiba-tiba saya lihat pemuda itu terus lari.

"Dan tidak perasan dompet saya telah pun dicuri, ketika hendak membeli makanan baru saya perasan dompet sudah hilang," katanya.

Beliau berkata selepas kejadian itu, beliau ada membuat laporan di pejabat pengawal keselamatan di pusat membeli-belah tersebut namun tidak mendapat sebarang maklum balas yang positif.

"Saya agak sedih dengan tindakan pengawal tersebut apabila memberitahu, saya masih mempunyai pasport dan tiket perjalanan pulang serta tidak perlu lagi membuat laporan berhubung kehilangan dompet itu.

"Saya difahamkan oleh pihak kedutaan jika mengalami masalah sebegini lagi, rakyat Malaysia sepatutnya terus melaporkan ke Kedutaan Malaysia di sana," katanya.

Beliau berkata pada malam ini, satu wawancara secara langsung mengenai perkara sebenar yang berlaku akan disiarkan di rancangan TV Trans1 Nasional Indonesia.

Sumber=BERNAMA


Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX