LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Tuesday 22 November 2011

Widgets

WARGA MYANMAR MATI DIBUNUH, JANIN BAYI LELAKI DITEMUI DI JINJANG



Gambar hiasan sahaja

Warga Myanmar Mati Dibunuh Di Rompin

KUANTAN, 21 Nov : Seorang warga Myanmar mati ditetak sekumpulan lelaki dipercayai dari negara itu juga dalam satu kejadian berdekatan sebuah rumah di Kampung Kasing, Pianggu, dekat Rompin.

Mangsa yang belum dikenal pasti itu mati di tempat kejadian akibat ditetak beberapa kali di bahagian badan, kata Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Jahaya.

Beliau berkata orang awam melihat mangsa dikejar sekumpulan lelaki dipercayai warga Myanmar yang bertindak menetaknya dengan menggunakan senjata tajam di tepi jalan, di kampung berkenaan, dalam kejadian 2.30 petang semalam.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Beliau berkata beberapa lelaki Myanmar telah ditahan bagi membantu siasatan kes itu.

"Punca kejadian juga masih disiasat," kata Johari.

Sumber : BERNAMA


Janin Bayi Lelaki Ditemui Di Jinjang
KUALA LUMPUR, 21 Nov : Janin bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di tepi jalan di Taman Beringin, Jinjang, Kepong di sini Isnin.

Janin yang pada mulanya disangka bangkai binatang itu ditemui oleh seorang pekerja Alam Flora yang sedang melakukan kerja mengutip sampah di kawasan perumahan berkenaan pada pukul 7.50 pagi.

"Lelaki berkenaan sedang melakukan kerja pembersihan dan ketika tiba di hadapan tong sampah di hadapan sebuah rumah di Jalan Jinjang Indah 4, Jinjang Utara, dia menemui janin itu.

"Janin bayi itu dianggar berusia lima atau enam bulan," kata Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan melalui khidmat SMS, di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat kesan koyak pada leher janin itu tetapi tiada kesan darah dan polis percaya janin bayi itu dibuang di situ dalam tempoh 24 jam lepas.

Zakaria berkata janin bayi itu dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber : BERNAMA



Do you remember walking or driving around KL city center the past few weeks and spotting vibrant red and white lights illuminating the night sky on the PWTC building? If you missed it or you're not from KL, view Malaysia’s largest full colour LED wall screen by Coca Cola in this viral video! Lets watch....




Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX