LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Monday, 21 November 2011

Widgets

KEMALANGAN DI KENINGAU : 4 MAUT



KENINGAU, 21 Nov : MAUT... Keadaan mangsa nahas kemalangan jalanraya membabitkan sebuah Van Rusa dengan sebuah lori dua tan di kilometer 4 Jalan Keningau -Tenom di sini hari ini. Empat terbunuh, satu cedera parah dan seorang cedera ringan dalam kemalangan ngeri itu. Ketua Polis Daerah Keningau DSP Zahari Mohamed berkata pemandu van berkenaan hilang kawalan sebelum bertembung dengan lori terbabit. Foto=Ehsan Bomba Keningau

Empat Maut Dalam Kemalangan Dekat Keningau

KENINGAU, 21 Nov : Empat maut manakala tiga lagi cedera parah dalam kemalangan yang membabitkan sebuah lori dan van di Jalan Keningau-Tenom berdekatan Kampung Kauran kira-kira tiga kilometer dari sini, Isnin.

Mereka yang maut ialah warga tempatan Paidin Sanin, 54, yang memandu van itu dan tiga penumpang Filipina yang dikenali sebagai Victor Banagua, 50, Dreitzmer Sobrerano, 16, dan Brandon Banagua, 9.

Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Zahari Mohamed yang mengesahkan kejadian itu berkata kesemua yang maut meninggal di tempat kejadian.



We know you're excited to embark on a journey back to your hometown and celebrate the upcoming festive season. Perodua Tweckbot is back in town and they'll be visiting different states in Malaysia to check Perodua cars just in time before you drive back to your kampungs. Give your mind some comfort and ensure that your Perodua cars are road-safe for that long ride with their 20 Point Check.


Sementara tiga yang cedera ialah pemandu lori kontena ais, Karim Osman, 43, dua lagi yang berada di dalam lori itu Rosli Taha, 37, dan Mohammad Azmir Dullah.

Zahari berkata pemandu van berkenaan dikatakan hilang kawalan ketika datang dari Pekan Keningau menuju ke sebuah kilang yang terletak beberapa kilometer dari tempat kejadian sebelum bertembung dengan lori itu yang datang dari arah Tenom menuju Pekan Keningau.

Sumber=BERNAMA



Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX