LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Tuesday 22 November 2011

Widgets

KALAH BOLASEPAK : PENUNTUT MALAYSIA DAPAT UGUTAN BUNUH



Kalah Bola Sepak, Pelajar Malaysia Di Indonesia Dapat Ugutan Bunuh

Oleh Ahmad Fuad Yahya

JAKARTA, 22 Nov : Pahitnya untuk menelan kekalahan pasukan Garuda Muda di tangan pasukan Harimau Muda pada pertandingan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 di Stadium Utama, Gelora Bung Karno di sini Isnin malam telah menyebabkan ada pihak menghantar ugutan bunuh terhadap pelajar Malaysia di Indonesia.

Ugutan itu yang disebarkan malam tadi melalui pengguna twitter bernama @hikmat_maswara kepada akaun twitter sebahagian besar artis Malaysia selepas keputusan sepakan penalti menentukan Malaysia menang berbunyi: "Tomorrow I will kill Malaysia student at the University of Padjadjaran" di Jatinangor, Bandung.

Setelah mendapat kecaman, pengguna twitter itu telah memohon maaf atas tulisannya itu, namun pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia tidak memandang ringan ugutan berkenaan dan telah membuat laporan polis berkaitan perkara itu.

Atase Pendidikan, yang juga Setiausaha I (Pendidikan) Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Ludinata Misnun berkata twitter mengandungi ugutan itu telah tersebar luas di Malaysia. Berita selanjutnya, [klik di sini]

Pautan

Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX