LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Wednesday, 30 November 2011

Widgets

PENDAFTARAN PERMOHONAN BANTUAN TUNAI RM500 MULAI 10 DISEMBER SELAMA SEBULAN




KUALA LUMPUR, 30 Nov : Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Dis ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Sehubungan itu, pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan, kata Ahmad Husni dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Katanya borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM, katanya.

Berita selanjutnya, [klik di sini]



Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX