LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Wednesday 23 November 2011

Widgets

[2 FOTO] MAYAT BAYI DALAM BEG PLASTIK DITEMUI



IPOH, 23 Nov : Anggota polis memeriksa mayat bayi sudah berulat dalam sebuah beg plastik yang ditemui di tepi Jalan Dato Ahmad Said, Pusat Perniagaan Greentown di sini, semalam. Mayat bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak pada 9.40 pagi ketika hendak memulakan tugas membersihkan kawasan pencawang elektrik berhampiran. Lebih malang, mayat bayi yang tidak cukup bulan itu dibungkus dengan seluar ditemui dengan kecederaan serius di kepala dan dibiarkan di pangkal pokok sehingga membusuk sejak dua atau tiga hari yang lalu. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. Namun, jantina dan bangsa bayi tidak dapat dipastikan. Foto=BERNAMA


Mayat Bayi Ditemui Dalam Beg Plastik Di Ipoh

IPOH, 23 Nov : Mayat bayi yang dibungkus dengan plastik ditemui di tepi jalan berhampiran Pusat Perniagaan Greentown di sini Rabu.

Mayat bayi yang telah busuk dan berulat itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu pada pukul 9.40 pagi.



Who’s your pick for the Twisties Superstarz? Fantastic acts all with irresistible talent! A series of crazy performances took place during the Twisties Superstarz auditions at your local colleges and now, the final 8 outstanding acts have been chosen! Check out these final 8 Superstarz in the making, certified by our celebrity judges! MESTI SYIOK DENGAN TWISTIES.

Jantina bayi itu belum dikenalpasti dan berdasarkan keadaan mayat, polis percaya bayi berkenaan telah mati beberapa hari lepas, kata Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata mayat bayi itu di hantar ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun untuk bedah siasat dan polis kini menjalankan siasatan bagi mengesan ibu bayi berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah di talian 05-2451500 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber=BERNAMA

[Foto 1=BERNAMA]

[Foto 2=BERNAMA]

Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX