LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Monday, 21 November 2011

Widgets

BAPA ROGOL ANAK KETIKA TIADA ORANG DI RUMAH



MIRI: Petang yang sunyi di sebuah rumah panjang di Batu Niah petang kelmarin dijadikan peluang oleh seorang ayah untuk memuaskan nafsu serakahnya dengan memperkosa anak gadisnya sendiri.

Ketika isterinya keluar ke kebun, si ayah menggunakan peluang berkenaan mendekati anak perempuan yang baru meningkat remaja.

Mangsa yang berusia 13 tahun merupakan anak tunggal, sama sekali tidak percaya diperlakukan sedemikian oleh bapa kandungnya.

Suspek yang berusia 50-an secara tiba-tiba menerkam dan mengoyak pakaian anaknya yang leka menonton televisyen di ruang tamu kediaman mereka.


Ketika kejadian sekitar jam 2.30 petang, kebanyakan penduduk dewasa termasuk ibu mangsa keluar rumah untuk mengusahakan kebun dan ladang kelapa sawit.

Ibu mangsa yang letih selepas balik dari kebun dikatakan terkejut melihat `aksi’ terkutuk suaminya itu terhadap anaknya sendiri.

Berita selanjutnya,[klik di sini]



Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX