LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Saturday, 3 December 2011

Widgets

PENCURI PERALATAN RUMAH TUMPAS DIBERKAS POLIS



PENAMPANG: Tindakan licik kumpulan curi peralatan rumah dan dapur di sekitar daerah ini akhirnya tumpas apabila polis memberkas lima lelaki termasuk suspek utama berusia 30 tahun dalam lima serbuan berasingan di sekitar daerah ini, baru-baru ini. Dalam serbuan kira-kira jam 6 petang itu, polis berjaya menemui semula barang peralatan rumah antaranya mangkuk tandas, singki, ketuhar, penghawa dingin, dapur gas, periuk nasi dan pelbagai lagi bernilai RM100,000. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Ratan Kumar Singh berkata kelima-lima suspek dipercayai terbabit dalam dua kes pecah stor di sini, masing-masing Oktober dan November lalu dan merampas pelbagai peralatan rumah bernilai kira-kira RM100,000. Beliau berkata, tangkapan berkenaan adalah berikutan dua kes pecah stor di pekan Donggongon, di sini masing-masing pada 15 Oktober dan 1 November lalu.

“Dalam kes pecah stor pada 15 Oktober lalu, pemilik stor berkenaan kerugian RM100,000 apabila dapur gas dan ketuhar di dalam stor berkenaan dilarikan selepas pintu stor berkenaan diumpil. “Dalam kes kedua, pemilik stor berkenaan kerugian RM10,000 apabila alat pendingin hawa dan alat pemampat udara dilarikan,” katanya dalam satu sidang media, di Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang, kelmarin. Ratan berkata, siasatan mendapati pintu kedua-dua stor berkenaan dipercayai diumpil sebelum kelima-lima suspek dipercayai melarikan barangan berkenaan. “Suspek pertama berusia 30 tahun ditahan di tempat letak kereta di pekan Putatan, di sini kira-kira jam 8.15 malam pada 25 November lalu, manakala suspek kedua berusia 45 tahun ditahan di sebuah rumah kongsi di Inanam pada jam 3 petang 28 November lalu.

“Suspek ketiga berusia 50 tahun ditahan di sebuah rumah di Kinarut pada jam 8.15 pagi 30 November lalu. Suspek keempat berusia 51 tahun ditahan di pekan Inanam pada jam 5.50 petang hari yang sama, manakala suspek kelima berusia 41 tahun ditahan di pekan ini pada waktu dan hari yang sama,” katanya. Beliau berkata, hasil soal siasat, polis menyerbu sebuah rumah di Kampung Kiukan, Kionsom di Inanam kelmarin dan merampas pelbagai peralatan seperti ketuhar, singki dan aksesori singki. “Polis turut merampas pelbagai barangan binaan di rumah suspek kedua seperti tangki pam tandas, singki dan mangkuk tandas.

“Serbuan di rumah suspek ketiga berjaya menjumpai semula dapur gas dan alat pemampat udara. Rampasan di rumah suspek kelima menjumpai mangkuk tandas dan pelbagai peralatan rumah yang lain. Beliau berkata, semua suspek ditahan reman seminggu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. “Hasil ujian air kencing ke atas kelima-lima suspek, salah seorang daripada mereka didapati positif dadah jenis syabu dan ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Berita selanjutnya, [sila klik di sini]


Jika artikel di atas memberi manfaat, sila klik di sini untuk mengetahui keseronokan yang ditawarkan oleh pakej percutian 3 hari 2 malam di Universal Studio secara PERCUMA dengan hanya memenuhi beberapa langkah mudah. Seronoknya cuti di Universal Studio, Singapura bersama PTS dan MPH. Mungkin anda yang bertuah yang akan memenanginya.

Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX