LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Monday, 5 December 2011

Widgets

WANITA KERUGIAN RM20,000 SELEPAS KERETANYA DIPECAH MASUK PENCURI



KUCHING: Seorang wanita mengalami kerugian RM20,000 selepas keretanya yang diparkir di Batu Tiga dipecah masuk pencuri malam kelmarin. Mangsa dikatakan meninggalkan beberapa barang berharga dalam keretanya bersama pasport dan buku bank ketika keluar makan malam bersama keluarganya. Difahamkan, wanita terbabit membawa beberapa barang berharga kerana bimbang untuk meninggalkan barang itu dalam rumahnya yang kosong. Disebabkan itu dia membawa kesemua barang berharganya bersama beberapa dokumen penting. Mangsa dikatakan tinggal di Asajaya Hulu kira-kira 30 kilometer dari Kuching.

Dalam kes berasingan, seorang warga emas menempuhi detik hitam selepas menjadi mangsa ragut. Difahamkan, insiden itu berlaku di Jalan Depo, Petra Jaya sekitar jam 2 petang, apabila mangsa yang berusia 62 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah didatangi dua lelaki yang bertindak merompak rantainya menggunakan pisau. Disebabkan insiden itu, mangsa mengalami kerugian kira-kira RM2,500. Laporan polis dibuat ekoran insiden itu.

Berita selanjutnya, [klik di sini]

Jika maklumat di atas memberi manfaat kepada anda, sila klik di sini untuk mendapatkan manfaat telefon percuma Blackberry dari pihak penganjur dengan hanya beberapa syarat mudah. Free Blackberry begin here with a single click...

Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX