LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Friday 11 November 2011

Widgets

[17FOTO]KEMALANGAN NGERI DI PLUS HIGHWAY : EMPAT PELAJAR MAUT, LIMA PARAH


[15 Foto]SLIM RIVER, 11 Nov -- Keadaan kawasan lokasi di mana empat maut dan lima cedera parah dalam kemalangan sebuah bas persiaran di KM 382 Lebuhraya Utara Selatan (menghala ke selatan) berhampiran Behrang awal pagi tadi. Kejadian pukul 4.45 pagi itu melibatkan sebuah treler muatan pasir yang melanggar belakang sebuah bas yang berhenti di tepi jalan. Bas yang membawa rombongan pelajar dan guru dari SMK Air Merah, Kulim ketika itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Foto sumbangan BERNAMA

Empat Pelajar Maut, Lima Parah Dan 20 Cedera Dalam Kemalangan

IPOH, 11 Nov : Empat pelajar maut, lima cedera parah manakala 20 lagi cedera apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Km382, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Slim River awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata, kejadian berlaku pada kira-kira 4.45 pagi ketika bas membawa pelajar dan guru daripada sebuah sekolah menengah di Kulim, Kedah itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan dan mangsa yang meninggal dunia turut dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat, katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Sumber=BERNAMA

[Foto 1=BERNAMA]

[Foto 2=BERNAMA]

[Foto 3=BERNAMA]

[Foto 4=BERNAMA]

[Foto 5=BERNAMA]

[Foto 6=BERNAMA]

[Foto 7=BERNAMA]

[Foto 8=BERNAMA]

[Foto 9=BERNAMA]

[Foto 10=BERNAMA]

[Foto 11=BERNAMA]

[Foto 12=BERNAMA]

[Foto 13=BERNAMA]

[Foto 14=BERNAMA]

[Foto 15=BERNAMA]

[Foto 16=BERNAMA]Keadaan lori trailer

[Foto 17=BERNAMA]Mayat terakhir yang berjaya dikeluaran dari timbunan pasir


Get free sms and free music for you and your Buddyz every time you reload! Whachu get, your Buddyz will get it too! Cekidaut! Click here to grab it.



Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX