LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Wednesday 2 November 2011

Widgets

24 MURID KERACUNAN MAKANAN ANGKARA SUSU KOTAK





24 Murid Sekolah Rendah Di Padang Terap Keracunan Makanan

KUALA NERANG, 2 Nov (Bernama) -- Seramai 24 murid Sekolah Kebangsaan Seri Bakti, Padang Terap di sini, yang mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah dipercayai keracunan makanan dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang, Rabu.

Kejadian membabitkan 16 murid perempuan dan lapan lelaki dari Tahun Dua hingga Tahun Lima yang mengadu mengalami simptom itu selepas minum susu kotak di sekolah mereka pagi ini.

Pengarah Pelajaran Kedah Mansor Lat berkata sehingga 1.30 petang, lapan orang iaitu empat lelaki dan empat perempuan masih ditahan di wad, manakala yang lain telah dibenarkan pulang.

"Keadaan kelapan-lapan murid itu adalah stabil," katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata kejadian mula berlaku kira-kira 9.15 pagi, iaitu selepas sejam setengah murid terbabit meminum susu kotak berkenaan.




Jabatan Pelajaran masih menyiasat kejadian itu, manakala susu yang dibekalkan pula masih baru dan belum sampai tarikh luput, katanya.

Pengarah Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat yang dihubungi, berkata pihaknya telah mengambil sampel susu tersebut untuk ujian.

"Kita tidak menolak keracunan dialami pelajar terbabit berpunca dari susu kotak yang mereka minum. Kebanyakan pelajar itu mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah," katanya.

Sumber=BERNAMA

Buddy Up now to win fantastic holidays for four worth more than RM55,000!. Click here/photo for details.




Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX