LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Friday 11 November 2011

Widgets

BASONG DIKEHENDAKI



TAWAU, 11 Nov -- Warganegara Indonesia, Selamat Sukri, 25, atau nama panggilannya Basong (gambar) dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes pecah rumah dan samun di sini. Basong pernah dipenjara 18 bulan di sini pada 2007 dan menjalani hukuman penjara selama empat tahun sekali lagi pada 2008 kerana kesalahan jenayah sebelum dibebaskan pada pertengahan tahun ini. Foto sumbangan BERNAMA


Polis Tawau Minta Kerjasama Polis Nunukan Jejaki Suspek Pecah Rumah

TAWAU, 11 Nov (Bernama) -- Polis Tawau memohon kerjasama rakan mereka di Nunukan, Kalimantan Timur, Indonesia untuk menjejaki seorang lelaki rakyat negara jiran itu yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes pecah rumah dan samun di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Ibrahim Chin berkata Selamat Sukri, 25, atau nama panggilannya Basong, pernah dipenjara 18 bulan di sini pada 2007 dan menjalani hukuman penjara selama empat tahun sekali lagi pada 2008 kerana kesalahan jenayah sebelum dibebaskan pada pertengahan tahun ini.

Bercakap kepada pemberita di sini Ibrahim berkata, Basong berjaya meloloskan diri ketika rumah tidak bernombor yang didiaminya bersama tiga rakannya di Kilometer 8.8 (Batu 6), Jalan Apas, diserbu polis kira-kira jam 3 pagi 9 Nov lalu. Tiga rakan Basong, yang berumur antara 16 hingga 29 tahun diberkas.

Hasil pemeriksaan di rumah itu, polis menemui 16 telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah komputer riba, wang tunai negara Malaysia, Saudi Arabia dan China, dompet mengandungi kad pengenalan, pisau Bugis dan pisau lipat.

Sumber=BERNAMA


[Informative Click Here] Get free sms and free music for you and your Buddyz every time you reload! Whachu get, your Buddyz will get it too! Cekidaut!





Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX