LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Monday, 7 November 2011

Widgets

CEGAH BUASIR, SEMBELIT DAN PENYAKIT REKTUM DENGAN PSYLLIUM HUSK




As Salam. Kali ni aku nak story sikit tentang psillium husk. Bukan nak story tentang maklumat saintifiknya, tetapi nak berkongsi pengalaman aku mengenainya. Cam ni, kalau anda baca tentang tulisan aku sekitar April lalu, aku banyak bercerita tentang penyakit yang aku sangka buasir(rupa2nya tidak, tetapi sakit yang sebenarnya ialah anal fissure), dan ikhtiar aku untuk mengubatinya. Tapi kali ni aku tak nak story tentang tu lagi, tapi nak story tentang psyllium husk.
Amat baik untuk orang yang kena penyakit buasir, sembelit, anal fissure, anal fistula atau apa2 penyakit berkenaan lubang tu ler.
Cara dia bertindak ialah dia akan menyerap air dengan banyak dan menyimpan di dalamnya. So, bila ia dikeluarkan dari sistem badan kita melalui tahi, tahi kita akan jadi lembut ler, sebab kandungan air(yang tersimpan dalam psyllium husk) dalam najis banyak.
Psysillum husk ni merupakan langkah preventative/penghalang, bukan penyembuh. So, kalau dah sakit tu pi le jumpa doktor ambik ubat dulu. Then, bila dah baik, minum setiap hari supaya penyakit tak berulang. Ataupun makan bersama ubat supaya lekas sembuh.


Cara guna. Satu sudu kecil(paras je) + air suam = kacau hingga larut. Then tambah air(lebih kurang 500ml) yang kita suka. Milo ke, Horlick ke, teh ke, oren ke, tak kisah le. Then kacau betul2 supaya tak berketul. Minum sekali je. Pilih la, pagi ke, malam ke. Sesiapa pun boleh minum, tak kisah le, sebab dia fiber je, bukannya apa pun. kanak2 pun boleh, campur dengan air manis dia orang tu. Cuma bila nak minum, goncang la dulu supaya tak tinggal di bawah.
Kesan sampingan? Yang aku pernah dengar dan alami, badan sedikit berangin dan pagi2 angin banyak keluar sebelum buang air. Ada orang berpesan, jangan minum sambil makan ubat sebab dikuatiri bahan kimia dalam ubat(yang larut dalam air) akan terperangkap dalam fiber psyllium husk itu. Jadi ubat yang anda makan tak berkesan. So, kalau ubat di makan siang, minuman psyllium husk ini diminum malam ler, sebelum tidur.
Dah itu je. Ada apa2 nak tanya/share, boleh tulis kat bawah ataupun email ke gerek.basikal@gmail.com(klik kat penjuru atas kanan tu je)
Harga? Aku beli RM24.00 di farmasi untuk setengah kilo. Berbaloi le, sebab sehari satu sudu ke. Tahan lebih kurang 2-3 bulan.
Lagi satu pesanan, manusia hanya berusaha, Allah SWT yang menyembuhkan penyakit. Jangan lupa, doa selalu tu pun sebahagian dari usaha.

Tak cukup RM? Daftar kat bawah. Then pasang auto sharing. Sebulan sekali tengok penyata RM$$$$ anda bertambah.


Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX