LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Thursday 3 November 2011

Widgets

TIGA SEKELUARGA MAUT NAHAS JALANRAYA DI PAHANG




LIPIS, 3 Nov -- MAUT ... Nik Abdullah Nik Isa, 51, dari Merapoh, Kuala Lipis meninggal dunia dalam kemalangan di Kilomerer 81, Jalan Lipis-Merapoh berdekatan Kampung Kubang Rusa, Kuala Lipis dalam kejadian jam 2 petang, semalam. Selain Nik Abdullah, isterinya Nur Aizan Muhamad, 45, dan ibu kepada Nik Abdullah iaitu Siti Long, 78, meninggal dunia dalam kemalangan tersebut. Foto=BERNAMA


Tiga Sekeluarga Maut Nahas Jalan Raya Di Pahang

KUANTAN, 3 Nov : Tiga sekeluarga maut dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan di Km81 Jalan Lipis-Merapoh Rabu.(Jenazah)

Mereka yang maut ialah pemandu kereta Nik Abdullah Nik Isa, 51, ibunya Siti Long, 78, dan isterinya Nor Aizan Muhammad, 45, manakala adiknya Nik Norizan Isa cedera parah dan kini dirawat di Hospital Gua Musang, Kelantan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awan Dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abd Rahim berkata ketika kejadian pada pukul 2 petang, kereta yang dinaiki mereka dalam perjalanan dari arah Lipis ke Merapoh.

"Kereta(keadaan kereta) mereka dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah pacuan empat roda dari arah Merapoh," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata Nik Abdullah dan ibunya mati di tempat kejadian manakala Nor Aizan mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

Pemandu pacuan empat roda itu cedera ringan, katanya.

Sumber=BERNAMA

Dari 0 ke 79juta+. Masih tak percaya? Mudah je, klik sini untuk daftar. Cam daftar FB jer. Then share the info melalui FB. Tunggu RM masuk kocek. Banyak ke? Sekaligus tak ada ler. Tapi sikit2 lama2 jadi bukit. Jangan ler orang lain dah jadi bukit kita baru nak daftar. Orang lain berkereta, kita masih jalan kaki. Moh daftar sekarang jugak.



Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX