LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Wednesday, 2 November 2011

Widgets

ANGGOTA POLIS CEDERA TERTEMBAK DIRI SENDIRI




SEREMBAN, 1 Nov -- Anggota paramedik serta anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan anggota polis mengusung anggota polis yang cedera dipercayai tertembak diri sendiri untuk dihantar ke wad kecemasan Hospital Tuanku Jaafar Seremban di sini, hari ini. Kejadian itu berlaku kira-kira 3.30 petang ketika anggota berpangkat koperal dari cawangan trafik itu berada seorang diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di Seremban 2 di sini.
Foto=BERNAMA


Anggota Polis Tertembak Diri Sendiri

SEREMBAN, 1 Nov : Seorang anggota polis cedera setelah dipercayai tertembak diri sendiri dengan sepucuk pistol di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di Seremban 2 di sini, petang Isnin.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada kira-kira pukul 3.30 petang ketika anggota berpangkat koperal dari cawangan trafik itu berada seorang diri di situ.

Beliau dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untut mendapat rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Ketua Polis Negeri Datuk Osman Salleh ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas.

Sumber=BERNAMA

Can you handle 7 cheeses in 1 pizza melting in your mouth? Detail, click here.



Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX