LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Wednesday 2 November 2011

Widgets

TIDAK HADIR KE PEJABAT JAIS. BOB LOKMAN KENA WARAN TANGKAP






JAIS Keluar Waran Tangkap Terhadap Bob Lokman

SHAH ALAM, 1 Nov (Bernama) -- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berikutan kegagalannya hadir di pejabat JAIS untuk memberi keterangan berhubung tindakannya menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Pengarah JAIS Marzuki Hussin berkata waran tangkap itu telah dikeluarkan oleh jabatan itu, Jumaat lepas.

"Pihak kami sedang menjejakinya supaya dia boleh ditahan untuk disoal siasat bagi membantu siasatan kes yang melibatkan dirinya," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas kepada Bernama di sini, Selasa.

Katanya, jabatan itu kini dalam proses melaksanakan tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob Lokman hadir di mahkamah, dan kemudian dilepaskan dengan jaminan serta membolehkan proses mengambil keterangan dibuat.

Beliau berkata demikian mengenai Bob Lokman yang ditahan JAIS bulan lepas di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat ketika sedang menyampaikan ceramah agama kepada kira-kira 70 jemaah di masjid itu.

Bob Lokman disiasat mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah dan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sumber=BERNAMA

Can you handle 7 cheeses in 1 pizza melting in your mouth? Detail, click here.


Pautan

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX