LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Wednesday 2 November 2011

Widgets

BORANG PEMBERIAN BANTUAN ISI RUMAH DIJANGKA DISEMBER






Borang Pemberian Bantuan Isi Rumah Dijangka Keluar Disember

BANGI, 1 Nov (Bernama) -- Borang pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dijangka mula dikeluarkan pada bulan Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata borang itu boleh dimuat turun menerusi laman web LHDN selain diperoleh di semua pejabat agensi berkenaan.

Beliau berkata borang itu juga mungkin disiarkan dalam akhbar dan setelah mereka yang layak menghantar borang tersebut kepada LHDN, pembayaran dijangka mula dibuat pada bulan Januari.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi LHDN di sini hari ini, beliau berkata Kementerian Kewangan sedang memperkemaskan 'definisi isi rumah' yang telah siap 98 peratus dan dijangka disempurnakan dalam masa dua minggu lagi.

Mohd Shukor berkata pembayaran kepada penerima yang layak akan dibuat melalui Akauntan Negara menerusi bank-bank yang akan dilantik.

Beliau berkata pihaknya juga akan mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang layak menerima bantuan tersebut.

Sementara itu, Mohd Shukor berkata laman sosial rasmi LHDN iaitu Facebook, Twitter dan Youtube yang dilancarkan dalam pada hari ini akan mula beroperasi.

Beliau berkata dengan adanya pendekatan laman sosial rasmi tersebut, LHDN berharap dapat lebih mendekati pembayar cukai dan menarik minat mereka untuk menunaikan bayaran cukai.

"Kita tahu bahawa laman sosial rasmi sangat popular di kalangan golongan muda jadi kita menggunakan pendekatan ini untuk menarik mereka. Ia dilancarkan sebagai pelengkap kepada laman web yang sedia ada supaya kita setanding dengan agensi-agensi lain," katanya.

Beliau berkata dengan adanya laman sosial rasmi, LHDN bukan sahaja dapat menyediakan platform untuk berinteraksi dan menerima maklum balas daripada pembayar cukai malah ia dapat dijadikan sebagai saluran penyebaran maklumat berkaitan percukaian dan promosi perkhidmatan LHDN.

Sumber=BERNAMA

Ingin tingkatkan pendapatan anda hanya dengan menyebarkan iklan melalui FB. Daftar semudah Facebook. Jom...Klik sini.


Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX