Dunia umpama roda basikal, sihat dan sakit datang silih berganti dalam kehidupan sesorang insan. Bagaimanapun, nasib yang meninpa satu keluarga di Alor Setar, Kedah benar-benar memerlukan simpati dan bantuan masyarakat kerana ketidakmampuan mereka untuk bekerja mencari sesuap rezeki.
ALOR SETAR, 2 Nov -- Radzi Abdul, 58, (kanan) membersihkan tangan isterinya Sabariah Saari, 50, yang menderita sakit barah payu dara manakala Mohd Azuandi Abdul Aziz, 25, (duduk belakang) menyuapkan makanan kepada adiknya, Muhammad Nur Hafizi Abdul Aziz, 20, yang terlantar sakit akibat kemalangan jalanraya setahun lalu. Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Radzi di talian 12-5979138. Foto=BERNAMA.
ALOR SETAR, 2 Nov -- Mohd Azuandi Abdul Aziz, 25, (duduk) menghiris buah untuk disuapkan kepada adiknya, Muhammad Nur Hafizi Abdul Aziz, 20, yang terlantar sakit selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya setahun lalu. Kejadian itu menyebabkan Muhammad Nur Hafizi tidak boleh bangun dan kedua-dua belah matanya buta. Orang ramai boleh menghubungi Radzi di talian 012-5979138 untuk menghulUrkan bantuan. Foto=BERNAMA.