LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Wednesday, 9 November 2011

Widgets

MAYAT JIRAN BERULAT DIJUMPAI




KOTA KINABALU: Niat murni dua lelaki yang ingin menghantar makanan sempena Hari Raya Korban kepada jiran mereka kelmarin tidak kesampaian apabila mendapati jiran mereka itu telah mati dalam keadaan sudah berulat dan berbau busuk di dalam biliknya di kampung Bandulan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, Mappan Yompa Andi Unga, 69, yang bekerja sebagai penjual ubat perangsang seks di sekitar bandaraya ditemui meninggal dunia dalam keadaan separuh bogel di biliknya di kampung berkenaan.

Menurut Wati Khadir, 38, sebelum kejadian, dia bersama seorang lagi jirannya telah pergi ke rumah mangsa untuk mengunjunginya sambil membawa makanan tradisional Bugis (buras) sempena Hari Raya Korban.

“Sebaik sahaja kami naik ke atas rumah mangsa, terhidu bau busuk, menyebabkan kami rasa curiga mungkin berlaku sesuatu ke atas mangsa.

“Ketika itu, kami cuba untuk memanggilnya, namun tiada jawapan, lalu cuba untuk mengetuk pintu, juga tiada sebarang respon, menyebabkan kami bertindak menolak pintu berkenaan,” katanya ketika ditemui ditempat kejadian kelmarin.

Katanya, sebaik berjaya memasuki rumah terbabit, bau busuk semakin kuat dan mereka kemudiannya mencari mangsa.

Kenapa bau busuk? Berita selanjutnya, klik di sini

[INFORMATIVE CLICKS]Kongsi tentang pra-sekolah percuma ini dengan kawan-kawan anda yang beranak. Klik untuk mendapat maklumat percuma tentang suatu yang percuma. Tentu anda sukakan poket yang senantiasa penuh dengan wang.



Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX