LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Tuesday 1 November 2011

Widgets

PENIAGA TERKEJUT PREMIS DISIMBAH CAT MERAH





MIRI: Seorang peniaga wanita yang ingin memulakan perniagaannya pagi semalam terkejut apabila mendapati pintu kedainya disimbah dengan cat merah.

Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh peniaga terbabit di Balai Polis Pusat Miri di sini.

Dalam aduannya, mangsa mendakwa kejadian simbah cat itu hanya disedarinya sekitar jam 8.30 pagi semalam iaitu ketika ingin memulakan perniagaannya.

Difahamkan, premis mangsa yang terletak di Pusat Komersil Pelita di sini menjalankan perniagaan menjual pelbagai fesyen pakaian wanita.

Mangsa tidak menolak kejadian itu dilakukan oleh orang yang tidak diketahui sekitar jam 6 pagi hari tersebut.

Sementara dalam satu kes berasingan, sepasukan polis daripada Unit Kereta Peronda telah menahan dua remaja lelaki berusia 17 tahun setelah salah seorang daripada mereka menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis terbabit ketika mengadakan rondaan di Jalan Miri-Bypass.

Kisah selanjutnya, [klik di sini]

Sumber=THEBORNEOPOST

Discover all these 'Great Kiwi Summer' exotic locations only in New Zealand, negara yang baru jer memenangi Kejohanan Rugby Piala Dunia. [Klik sini untuk maklumat lanjut] @ klik pada gambar di bawah.



Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX