LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Tuesday 1 November 2011

Widgets

RIBUT DI YAN, KEDAH. 27 BUAH RUMAH ALAMI KEROSAKAN TERUK




YAN, 1 Nov -- Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertungkus lumus membantu membaiki salah sebuah rumah keluarga anggota mereka yang rosak akibat dilanda ribut di Kampung Kuala Sedaka dekat sini, hari ini. Sebanyak 27 buah rumah rosak teruk akibat ribut yang berlaku dua hari berturut-turut mulai Ahad lepas.[Foto=BERNAMA1]

27 Rumah Di Yan Rosak Akibat Ribut

ALOR SETAR, 1 Nov : Sebanyak 27 rumah di Kampung Kuala Sedaka di Yan dekat sini rosak teruk akibat dilanda ribut yang berlaku dua hari berturut-turut mulai Ahad.

Che Tom Sahar, 73, yang berada di rumah bersama anaknya Rahim Omar, 37, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang Ahad dan ketika itu dia sedang berbaring di ruang tamu.

"Hujan turun dengan lebat dan angin kuat. Guruh dan petir tak berhenti-henti. Tiba-tiba bumbung dapur dan bumbung rumah atas terangkat dan diterbangkan angin.

"Anak mak cik (Rahim) mai angkat mak cik lindung di bawah para dapur," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya Selasa.

Che Tom berkata ia merupakan kejadian kedua seumpamanya selepas yang pertama lapan tahun lepas.

"Lapan tahun lepas rumah mak cik dah pernah kena ribut tapi tak seteruk kali ini. Makcik rasa takut dah nak duduk sini sebab risau kejadian seperti ini berlaku lagi," kata Che Tom yang tinggal di situ sejak 50 tahun lepas bersama anak, menantu dan dua cucu.

Che Tom berkata anaknya telah membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak JKM juga telah datang melihat keadaan rumahnya dan rumah-rumah lain yang dilanda ribut.

Bacaan selanjutnya, klik di sini BERNAMA

[Foto=BERNAMA2]

Fight dengue by becoming an aedes-buster! Ganyang Aedes! Details? [Click here] Prevention is better than cure....




Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX