LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Tuesday, 1 November 2011

Widgets

KERANA BERBELANJA DI TESCO, BEKAS AMIL DIPENJARA, DISEBAT


Bekas Amil Dipenjara Empat Tahun, Tiga Sebatan Kerana Pecah Amanah

KULAIJAYA, 1 Nov : Seorang bekas amil dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini Selasa kerana melakukan pecah amanah membabitkan RM19,510.

Majistret Zaiton Anuar menjatuhkan hukuman itu selepas Redzuan Mohd Said, 28, bekas imam sebuah masjid di sini, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Redzuan, sebagai amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang hasil kutipan zakat fitrah dan kutipan derma anak yatim sebanyak RM19,510 dengan menyalahgunakan wang itu untuk kegunaan sendiri di Pasaraya Tesco di sini antara 16 Ogos tahun lepas dan 4 Sept tahun ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Zaiton mengarahkan hukuman penjara terhadap Redzuan dijalankan bermula dari tarikh tangkapan iaitu 28 Okt lepas.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya A Karthiyayini manakala Redzuan tidak diwakili peguam.

Sumber=BERNAMA

Amil ini dicari polis. Klik sini untuk bacaan lanjutan.

Fight dengue by becoming an aedes-buster! Ganyang Aedes! Details? [Click here] Prevention is better than cure....


Pautan

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX