LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Friday 4 November 2011

Widgets

WANITA RAGUT WANITA : IBU TUNGGAL DITAHAN


Ibu Tunggal Muda Ragut Wanita Warga Emas Ditahan

JOHOR BAHARU, 4 Nov : Seorang ibu tunggal berusia 18 tahun ditahan polis selepas meragut seorang wanita warga emas di tempat letak kereta pasar raya Tesco di Kulaijaya semalam.

Kejadian berlaku pada pukul 6 petang ketika mangsa Enah Hassan, 59 tahun sedang berjalan menuju ke keretanya selepas selesai membeli-belah.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supt Zulkefly Yahya berkata mangsa yang keseorangan ketika itu tiba-tiba dihampiri suspek yang kemudian bertindak merampas dompet yang dipegang mangsa.

"Setelah meragut dompet mangsa, suspek terus melarikan diri namun tindakan mangsa menjerit meminta tolong berjaya menarik perhatian orang ramai.

"Suspek berjaya ditahan oleh orang awam dan oleh seorang anggota polis peronda yang kebetulan melalui kawasan itu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya Jumaat.

Enah cedera di bahagian lutut kiri selepas ditolak suspek yang didapati positif dadah jenis syabu.

Suspek yang berasal dari Kulai dan mempunyai seorang anak berusia setahun itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Dia kini ditahan reman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 14 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.


KULAIJAYA, 4 Nov -- Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Zulkefly Yahya (kiri) menunjukan dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM2,600 pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kulaijaya di sini hari ini. Anggota polis menahan seorang lelaki bersama seorang ibu tunggal beranak empat selain merampas 55 gram heroin dan 2.4 gram syabu yang ditemui di atas katil sebuah hotel bajet di Senai semalam. Foto=BERNAMA (1 & 2)

Dalam kes berasingan, beliau berkata pihaknya menahan seorang lelaki bersama seorang ibu tunggal beranak empat di sebuah hotel bajet di Senai kerana memiliki 55 gram heroin dan 2.4 gram syabu semalam.

Nilai pasaran dadah yang dijumpai di atas katil suspek berusia 39 dan 35 tahun itu adalah RM2,600.

Mereka turut didapati positif dadah dan kini ditahan reman sehingga Khamis depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatori.

Kedua-duanya mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Sumber=BERNAMA.

3 simple step : Just Daftar(mudah macam daftar FB) ; Klik auto-sharing ; Tunggu jer RM$$$$$



Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX