LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Tuesday, 1 November 2011

Widgets

KPT TIMBANG TINDAKAN LEBIH TEGAS TERHADAP IPTS






Kementerian Pengajian Tinggi Timbang Tindakan Lebih Tegas Terhadap IPTS

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Kementerian Pengajian Tinggi sedang meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) bertujuan memperuntukkan tindakan lebih tegas termasuk denda lebih tinggi terhadap IPTS yang melakukan kesalahan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia dijangka dibentang di Parlimen tahun depan.

Beliau berkata IPTS yang didapati membenarkan penuntut antarabangsa mereka menduduki peperiksaan tanpa perlu menghadiri kelas akan dikenakan tindakan sewajarnya.

"IPTS terbabit juga tidak akan dibenar menerima pengambilan pelajar antarabangsa bagi kemasukan seterusnya, jika ia berbuat demikian," kata Mohamed Khaled ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 berkaitan kementerian itu pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menarik balik kelulusan bagi pengambilan penuntut antarabangsa enam IPTS tahun ini.

"Antara faktor penarikan balik kelulusan itu ialah kegagalan IPTS dalam pengurusan pelajar antarabangsa secara berkesan," kata Mohamed Khaled.

Beliau berkata IPTS yang diberi kelulusan pengambilan penuntut antarabangsa oleh KDN pula perlu mengemukakan laporan berkala setiap suku tahun mengenai maklumat status penuntut antarabangsa, termasuk kehadiran ke kelas.

Pemantauan akan dilakukan bersama Jabatan Imigresen Malaysia, katanya.

Sementara itu, menjawab soalan Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) mengenai pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui potongan gaji, beliau berkata ia dijangka dapat dilaksanakan hanya pada 2013.

Beliau berkata desas-desus Lembaga Hasil Dalam Negeri telah memulakan potongan gaji peminjam PTPTN adalah tidak tepat.

"Tidak ada potongan dibuat setakat ini," katanya.

Mohamed Khaled berkata jika dilaksanakan, ia mungkin hanya diwajibkan untuk peminjam baru manakala bayaran balik peminjam lama adalah mengikut kaedah sedia ada.

Sumber=BERNAMA

Fantastic holidays for four worth more than RM55,000!. Clicks here for details.


Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX