LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Tuesday 1 November 2011

Widgets

PASANGAN KEKASIH BERSAMA 12.7 KG GANJA DITAHAN




GEORGETOWN, 31 Okt -- Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar (dua, kiri) bersama pegawainya menunjukkan dadah jenis ganja yang dirampas seberat 12.7 kilogram yang bernilai RM40,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Sungai Ara Bayan Lepas di sini hari ini. Serbuan yang dilakukan pada 2 pagi semalam turut menahan sepasang kekasih berusia 36 dan 47 tahun. Foto=BERNAMA


Pasangan Kekasih Ditahan Bersama 12.7 Kg Ganja

GEORGE TOWN, 31 Okt (Bernama) -- Polis Pulau Pinang menahan sepasang kekasih dan merampas 12.7 kilogram dadah jenis ganja bernilai RM40,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Sungai Ara, Bayan Lepas di sini awal pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata hasil maklumat awam dan intipan polis sejak beberapa bulan lepas, pihaknya menyerbu rumah pasangan berkenaan pada pukul 2 pagi.

Katanya semasa diserbu, lelaki dan perempuan berusia 36 dan 47 tahun itu berada di rumah, hasil pemeriksaan polis menemui ganja yang disembunyikan di salah sebuah bilik di rumah berkenaan.

"Polis menemui 12.7 kilogram dadah jenis ganja bernilai RM40,000 di dalam rumah itu," katanya pada sidang akhbar di sini Isnin.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pasangan itu menjalankan aktiviti pengedaran dadah sejak awal tahun ini.

Abdul Rahim berkata polis juga tidak menolak kemungkinan mereka merupakan anggota sindiket pengedaran dadah yang aktif mengedar di sekitar negeri ini.

"Pasangan itu kini direman sehingga 5 November ini bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Katanya siasatan turut mendapati lelaki yang bekerja sebagai peniaga itu mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai dan masyarakat setempat agar dapat menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya terdapat pergerakan yang mencurigakan di kawasan perumahan mereka.

Sumber=BERNAMA

Fantastic holidays for four worth more than RM55,000!. Clicks here for details.


Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX