LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Sunday, 2 October 2011

Widgets

IBU MENTERI PERTAHANAN MENINGGAL DUNIA



BAGAN DATOH, 1 Okt -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyiram air mawar ke pusara ibunya Tuminah Abd. Jalil,81, yang meninggal dunia di kediamannya di Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh di sini hari ini..Allahyarhamah Tuminah meninggal dunia jam 1.40 pagi tadi akibat angin ahmar dan komplikasi jantung..Allyaharhamah meninggalkan suami,Raden Hamidi Abdul Fatah,87 serta sembilan anak di mana Ahmad Zahid merupakan anak sulung dari sembilan adik beradik..Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat jam 12 tengah hari ini...--foto/informasi sumbangan BERNAMA



BAGAN DATOH, 1 Okt (Bernama) -- Tuminah Abdul Jalil, ibu Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meninggal dunia pada 1.40 pagi Sabtu kerana sakit angin ahmar dan komplikasi jantung. Jenazah Allahyarhamah Tuminah, 81, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat di sini pada tengah. Allahyarhamah meninggalkan suami, Raden Hamidi Abdul Fatah, 87, dan sembilan anak. Ketika ditemui pemberita, Ahmad Zahid, yang merupakan anak sulung, berkata beliau dan seluruh anggota keluarganya reda dengan pemergian ibunya yang terlantar sakit sejak empat tahun lepas. Beliau berkata sebelum ini, ibunya mendapat rawatan di Hospital Angkatan Tentera Terendak, Melaka dan dibawa pulang ke rumahnya di sini sejak awal Syawal lepas. Panglima Tentera Udara Tan Sri Rodzali Daud, Panglima Tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kechil antara yang menziarahi jenazah. Informasi sumbangan dari BERNAMA

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX