LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Wednesday 5 October 2011

Widgets

AKTA KEDIAMAN TERHAD DIMANSUHKAN





05 Oktober, 2011 17:18 PM

125 Tahanan Akta Kediaman Terhad Dibebas Selewat-lewatnya Esok: Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kesemua 125 individu yang ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad 1933 akan dibebaskan selewat-lewatnya esok, sejurus perintah arahan diserahkan kepada ketua polis daerah yang berkenaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Perintah arahan pembebasan telah ditandatangani. Proses untuk penyerahannya sedang dilakukan selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkannya (pembebasan) hari ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini Rabu.

Beliau berkata proses pembebasan kesemua mereka itu juga akan mengambil kira soal keselamatan rakyat yang mana kerajaan akan sentiasa memantau pergerakan kesemua tahanan yang dibebaskan kelak.

Hishammuddin bagaimanapun enggan mengulas mengenai maklumat mengenai individu yang akan dibebaskan serta jenis jenayah yang dilakukan.

"Kita ambil langkah satu persatu kerana saya tidak mahu kes-kes individu menjadi isu polemik," katanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang turut hadir berkata polis akan terus menumpukan perhatian terhadap keselamatan negara walaupun Akta Kediaman Terhad dimansuhkan.

"Saya yakin ini boleh dilaksanakan kerana undang-undang sedia ada cukup dan juga kita punyai statistik-statistik tertentu untuk tentukan keamanan ini sentiasa saja boleh terkawal," katanya.

Pembebasan kesemua 125 tahanan Akta Kediaman Terhad itu diumumkan oleh Najib di Dewan Rakyat hari ini sejajar dengan langkah kerajaan memansuhkan akta berkenaan.



Sumber-- BERNAMA

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX