Situasi perang memang sukar diramal. Sengaja atau tidak? Human error? Entahlah. Jom! Apa cerita ni?
MOGADISHU, 4 Okt -- Gambar empat tentera misi pengaman Kesatuan Afrika di Somalia (AMISOM) yang bertanggungjawab melepaskan tembakan yang menyebabkan kematian jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor yang diemailkan oleh Agensi Keselamatan Somalia kepada BERNAMA di sini, hari ini. ..Kelihatan mereka berjalan tanpa membawa senjata yang turut dikawal tentera lain ke suatu tempat yang tidak disebut...Laporan media sebelum ini menyebut mereka merupakan tentera Burundi yang bertugas dalam AMISOM. ..Berdasarkan laporan polis Somalia, pihak AMISOM telah menjalankan penyiasatan dalaman dan mendapati bahawa keempat-empat yang dituduh itu didapati bersalah melepaskan tembakan ke atas Allahyarham Noramfaizul...Pada Isnin lepas, AMISOM telah memohon maaf diatas kejadian yang telah menimpa jurukamera Bernama TV itu dan melucutkan mereka yang terlibat daripada menjalankan tugas pasukan pengaman dan akan dihantar pulang ke Burundi untuk dibicarakan...Noramfaizul, 39, terkorban setelah terkena tembakan ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan menaiki pacuan empat roda semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putra 1Malaysia di Mogadishu, Somalia pada 3 Sept lepas...Kejadian itu turut mencederakan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan...--foto/informasi dari BERNAMA