LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Saturday, 15 October 2011

Widgets

AYAH.... KEPALA ADIK PECAH!!!




Ya Allah, nak luruh jantung aku bila anak aku masuk ke rumah dalam keadaan menutup dahinya dengan tangan, sambil menangis, dan berkata "Ayah..., Kepala adik pecah!". Dengan keadaan panic, aku terus meluru ke arah anak bongsuku sambil....., sambil kehairanan berfikir kerana sekalipun dia berkata kepalanya pecah, aku tengok tak ada pulak darah memancut keluar dari celahan jarinya yang menutup dahinya. Huh! Ketaq jugak bro.






Dengan keadaan panic, perlahan-lahan ku alihkan tangan anakku. Alhamdulillah, bengkak benjol besar berserta sedikit luka kecil, bukannya pecah mahupun tertusuk sesuatu yang tajam ke dalam kepalanya. Berkurangan le sikit darah gemuruh aku ni bila tengok benjolnya sebesar telur burung puyoh, dan tak ada yang pecah. Segera aku ambil minyak Yuyi Cap Limau (atau Yu Yee? Mana satu betol, aku pun tak tau), tarok pada napkin dan gosok perlahan-lahan.





Sambil dok kelam-kabut menitiskan minyak tu, tah macam mana setitik minyak tersebut termasuk ke dalam matanya, Apalagi..., pedih laa. Tapi cepat hilang pedihnya bila di cuci dengan air.
OK, till ni ke story aku nak share. Peringatan! Pastikan ada first aid kid kat rumah tu. Juga jangan lupa, minyak gamat dan minyak Yuyi Cap Limau. Kain napkin lama2 tu jangan dibuang. Elok buat cuci-cuci luka dan pelbagai kegunaan lain.


Ops, lupa nak cerita puncanya. Puncanya anak aku jatuh basikal sebab walaupun basikal tu basikal kecik untuk budak-budak punya, masih merbahaya kerana anak aku tak pandai imbang badan lagi. Tambahan pulak basikal tu tak ada roda kecil di tepi kiri kanannya. Pasai tu la kepala anak aku benjol. Walaupun peristiwa ni berlaku kelmarin, tapi hari ni dah ok dah. Alhamdulillah.....

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX