Pekerja swasta tentunya tertanya-tanya apa yang mereka dapat dari Belanjawan 2012. Banyak, tapi kita cerita satu per satu. Kemudahan menunaikan haji, Rukun Islam ke lima. Ye ke? Ye lar. Baca ni :
113. Kita sedang berada dalam bulan Zulhijjah dan seruan haji sebagai Rukun Islam kelima sentiasa saja berkumandang kepada hamba-hambaNya untuk menuju Baitullah dari mana saja penjuru dunia. Dalam hal ini, Kerajaan menyedari, ramai golongan berpendapatan rendah menghadapi masalah untuk mendaftar dan mendapat giliran haji kerana tidak mempunyai tabungan minima sebanyak 1,300 ringgit. Justeru, bagi membolehkan bakal jemaah mendaftar untuk menunaikan ibadah haji, Kerajaan dengan ini membenarkan pencarum KWSP membuat pendaftaran awal melalui penghadangan atau ring-fencing Akaun 2 pencarum sebanyak 1,300 ringgit. Melalui kaedah ini, wang pencarum sejumlah 1,300 itu masih kekal dalam KWSP tetapi pencarum sudah boleh mendaftar giliran untuk menunaikan haji.

Faham tak ring-fencing tu? Maksudnya, anda(pekerja swasta) sudah boleh mendaftar tanpa perlu mengeluarkan wang dari akaun 2 KWSP. Kaedahnya? Mungkin melalui surat pengesahan yang akan dikeluarkan oleh pihak KWSP, anda sudah boleh mendaftar di LUTH untuk menunaikan haji. Kalau kerja kerajaan, kena kumpul duit sendiri sebanyak RM1,300 dan kemudian baru boleh daftar.
Ringfencing atau Ring-pagar berlaku apabila sebahagian aset (seperti KWSP) dipisahkan(diserahkan kepada LUTH) tanpa semestinya beroperasi sebagai entiti yang berasingan, maknanya wang tu masih pada KWSP lagi dan anda masih memperolehi manfaat/keuntungan pelaburan dari KWSP lagi. Kalau kerja gomen, bila dah serah RM1,300 dari simpanan sendiri kepada LUTH, maka tak ada lagilah faedah pelaburan yang akan diterima kerana wang tersebut dianggap sebagai cagaran untuk menunaikan haji, bukannya diserahkan kepada LUTH untuk dilaburkan. Jadi, pulangannya=0.
Kan untung pekerja swasta tu, kan? Baru satu. nanti saya cerita lagi?