LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Friday 7 October 2011

Widgets

INTIPATI BELANJAWAN 2012 : KEMASUKAN FOREIGN DIRECT INVESTMENT(FDI) TERUS MENINGKAT




No 7. Kemasukan pelaburan langsung asing telah kembali rancak dan menunjukkan trend yang meningkat. Pelaburan langsung asing (FDI) berkembang 6 kali ganda kepada 29 bilion ringgit pada tahun 2010, mencatat pertumbuhan yang tertinggi di Asia. Kemasukan FDI terus melonjak kukuh sebanyak 75 peratus kepada 21.2 bilion ringgit dalam tempoh 6 bulan pertama 2011 berbanding 12.1 bilion ringgit bagi tempoh yang sama tahun 2010. Pada tahun 2012, pelaburan swasta dijangka berkembang kukuh 15.9 peratus disokong oleh peningkatan kemasukan pelaburan langsung asing dan domestik.

Ulasan : Ekonomi Malaysia masih lagi bergantung kepada FDI. Apa faedah FDI kepada rakyat? Ringkasnya , kepada rakyat, memberi kekayaan/pendapatan kepada negara melalui peluang pekerjaan dan RM kepada rakyat Malaysia. Sekalipun jika sektor perkilangan dan pembinaan masih lagi diisi oleh warga asing, mereka tetap menyumbang kepada rakyat Malaysia melalui perbelanjaan harian di Malaysia. Kepada kerajaan, sekalipun tiada pendapatan kerana pemberian taraf perintis, kerajaan memperolehi pendapatan melalui levi pekerja asing. Dan yang lebih penting bagi mana-mana kerajaan, rakyatnya mempunyai pekerjaan untuk menyara diri dan keluarga. Kepada rakyat Malaysia, berhenti menyalahkan kerajaan/pihak lain tetapi ambillah peluang dari kemakmuran Malaysia. Cubalah lihat gambar orang yang menyedari bertuahnya bumi Malaysia.



BALIK PULAU, 6 Okt -- Sebahagian warga Myanmar yang diberkas polis di pesisiran pantai Pulau Betong di sini hari ini..Polis berjaya menangkap 77 daripada 115 rakyat Myanmar yang masih bersembunyi di sekitar kawasan hutan sejak lima hari tanpa bekalan makanan..-- foto sumbangan BERNAMA(2011)



BALIK PULAU, 6 Okt -- Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Mohd Hatta Mohd Zain (kiri) memerhatikan beberapa warga Myanmar yang diberkas di pesisiran pantai Pulau Betong di sini hari ini..Polis berjaya menangkap 77 daripada 115 rakyat Myanmar yang masih bersembunyi di sekitar kawasan hutan sejak lima hari tanpa bekalan makanan...-- foto sumbangan BERNAMA(2011)



BALIK PULAU, 6 Okt -- Pendatang asing Myanmar diberi makanan setelah mereka tidak makan sejak lima hari memasuki pesisiran pantai Pulau Betong di sini hari ini..Polis berjaya menangkap 77 daripada 115 rakyat Myanmar yang masih bersembunyi di sekitar kawasan hutan sejak lima hari tanpa bekalan makanan..-- foto sumbangan BERNAMA(2011)

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX