LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Tuesday, 11 October 2011

Widgets

PIALA MALAYSIA 2011 SUKU AKHIR PERTAMA




SHAH ALAM, 10 Okt -- Pemain Selangor, Mohd Amirulhadi Zainal membuat percubaan ketika diasak pemain Perak semasa perlawanan bola sepak Suku Akhir Pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam di sini hari ini,.Separuh masa pertama Selangor mendahului Perak dengan 1-0..--foto/informasi dari BERNAMA


11 Oktober, 2011 00:21 AM

Selangor Dan Terengganu Bawa Bekalan Selesa

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Selangor dan Terengganu mempunyai peluang yang lebih selesa untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia apabila mencipta kelebihan dua gol pada perlawanan peringkat suku akhir pertama Isnin malam.

Selangor yang memburu misi ke-33 pada tahun ini mengalahkan Perak 3-1 di Stadium Shah Alam, Selangor sebelum bertandang ke tempat lawan Jumaat ini.

Pasukan bimbingan P.Maniam memperolehi gol pertama seawal minit ke-12 menerusi jaringan Safiq Rahim sebelum menambah gol kedua peribadi pada minit ke-57 menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti.

Mohd Amirulhadi Zainal kemudianya memperkukuhkan kedudukan Selangor dengan gol ketiga pada minit ke-62.

Manakala gol saguhati Perak disumbangkan oleh Mohd Failee Mohamad Ghazli pada minit ke-76.

Terengganu juga turut membawa bekalan selesa untuk bertandang ke tempat lawan setelah berjaya menundukkan musuh tradisinya, Kelantan 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Terengganu nyata memanfaatkan sepenuhnya perlawanan apabila dua pemain Kelantan, Mohd Shakir Shaari dan Mohd Daudsu Jamaludin dilayangkan kad merah pada babak pertama.

Ismail Faruqi Asha'ri membuka tirai jaringan Terengganu pada minit ke-43, namun kapten skuad Kelantan, Mohd Badhri Radzi berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 78.

Terengganu bagaimanapun tidak mengaku kalah dengan menjaringkan dua gol lagi iaitu masing-masing menerusi Abdul Manaf Mamat pada minit ke-88 dan kapten pasukan Marzuki Yusoff pada masa kecederaan.

Lima kad merah dilayangkan sepanjang perlawanan berlangsung.

KOTA KINABALU, 10 Okt -- Pemain pertahanan Sabah, Mafry Balang (kiri) berebut bola daripada penyerang pasukan T-Team, Mohd Nor Farhan dalam saingan suku akhir Piala Malayisa di Stadium Likas di sini malam tadi. ..--foto/informasi sumbangan BERNAMA


Di Stadium Likas, Sabah menghampakan lebih 15,000 peminatnya yang membanjiri Stadium Likas apabila tumpas 1-2 di tangan T-Team.

Gol pertama T-Team dijaringkan oleh Indra Putra Mahayudin pada minit ke-34 dengan menolak masuk lorongan Zairo Anuar Zailani.

Bagaimanapun, Sabah berjaya meloloskan gawang pasukan pelawat menerusi Alto Linus pada minit ke-46.

Bagaimanapun, Indra Putra menjadi wira pasukan T-Team apabila menyumbat gol kemenangan pada minit ke-85.

Sementara itu, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Felda United mengalahkan Negeri Sembilan 1-0.

Gol tunggal Felda United disumbangkan oleh K.Rajan pada minit ke-59.

Sumber informasi sumbangan-- BERNAMA

Lebih Hebat Dengan MILO.


Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX