LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Thursday, 13 October 2011

Widgets

TIDAK PERLU KE LHDN UNTUK DAFTAR BANTUAN RAKYAT RM500




13 Oktober, 2011 16:38 PM

Orang Ramai Tidak Perlu Kunjungi Kaunter LHDN Untuk Daftar Permohonan Bantuan Rakyat RM500

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meminta orang ramai yang layak mendapat bantuan rakyat sebanyak RM500 bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, tidak mengunjungi kaunter perkhidmatan LHDN pada waktu ini bagi tujuan pendaftaran.

"Rakyat Malaysia yang layak mendapat bantuan ini tidak perlu mengunjungi kaunter LHDN pada waktu ini bagi tujuan pendaftaran itu sehinggalah semua urusan pelaksanaan siap dilakukan," kata LHDN dalam satu kenyataan hari ini.

Pendaftaran secara percuma bagi pemohon yang layak, hanya boleh dilakukan setelah borang dan sistem berkaitan siap disediakan, katanya.

LHDN berkata bagi memudahkan urusan pendaftaran pemohon, LHDN akan menyediakan perkhidmatan elektronik di laman sesawang LHDN serta beberapa agensi kerajaan lain yang akan dikenal pasti bagi melicinkan urusan terbabit.

Syarat permohonan akan dimaklumkan setelah mendapat garis panduan daripada Kementerian Kewangan, dan akan diumumkan melalui kenyataan media kepada semua akhbar, katanya.

Penyaluran wang bantuan ini akan dilakukan melalui kaunter-kaunter Pos Malaysia dan Bank-bank yang dilantik, termasuk Bank Simpanan Nasional.

Pemberian bantuan itu seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan dilakukan secara berperingkat-peringkat, berkuat kuasa pada Januari 2012.

Sumber : BERNAMA

[Dapatkan kamera percuma hanya dengan mengambil foto. Klik di sini]

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX