LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Friday, 14 October 2011

Widgets

WAJAH BERTUKAR DALAM TEMPOH 5 HARI SELEPAS MAKAN SEAFOOD




Nguyen Thi Phuong, seorang gadis Vietnam yang cantik bertukar menjadi wajah yang berusia hanya dalam tempoh 5 hari. Menurutnya, wajahnya bertukar sedemikian selepas dia memakan makanan laut. Ianya berlaku pada 2008, ketika Thi Phuong berusia 23 tahun. Sekarang, gambar kanan ketika dia berusia 26 tahun manakala gambar kiri ketika dia baru berkahwin di usia 21 tahun.
Suaminya Nguyen Thanh Tuyen, 33, seorang tukang kayu puas mencari ubat. Bagaimanapun, habis duit. Rupa isterinya masih tak berubah.
Menurut doktor, ini disebabkan oleh lipodystrophy, sindrom yang jarang2 berlaku(hanya 2000 orang yang menghadapinya seluruh dunia) dimana lapisan lemak bawah kulit menjadi disintegrate/hancur manakala kulit itu sendiri terus berkembang pada kadar yang cepat.
Bagaimanapun, sindrom ini tidak mengubah kitaran haid, rambut, gigi, mata dan minda, serta kasih sayang seorang suami.
Tetapi, menurut pandangan Doctor Hoang Van Minh dari Ho Chi Minh City Medicine and Pharmacy University Hospital, dia menghidapi Mastocytosis, penyakit yang jarang2 berlaku disebabkan kehadiran terlalu banyak 'mast cells', juga tiada ubat yang khusus walaupun ada banyak ubat untuk menolong mengurangkan gejala penyakit tersebut.
Macam mana? Bertuahkan kita dikurniakan Allah SWT dengan wajah seindah rupa. Bersyukur ketika ada. Apa benda sekalipun....

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX